Kenyataan yang menjadi idaman setiap insan di muka bumi ini. Semua orang ingin mempunyai kehidupan berkeluarga yang aman tenteram.Namun begitu, terlalu ramai dari kita menghadapi masalah dlm kehidupan berkeluarga. Siapa kah yang patut disalahkan? Tepuk dada tanya selera. Kita tidak boleh sama sekali membuat kenyataan umum seperti "suami dia tu yang tak baik" atau "isteri dia tu tak pandai urus rumah tanggan" etc. Dalam segala permasalahan, ada berbagai punca. English proverb "there are 2 sides to a story" - ada 2 pandangan untuk satu cerita. Jadi,jangan sekali-kali hanya menyalahkan satu pihak sahaja.
Ini sebenarnya untuk peringatan Mami juga. Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar pada zaman ini, Mami hanya berserah kepada Allah sahaja. Kalau kita pasrah, serahkan diri secara keseluruhan kepada Allah, insyaAllah Allah akan beri petunjuk & pertolongan kepada kita.
Jangan terlalu fokus untuk hidup di dunia sahaja. Akhirat jua yang kekal. Bilamana kita rasa terlalu sedih, terlalu kecewa atas apa sahaja kejadian, ingatlah pada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang baik untuk hambaNya. Bersama lah kita mencari keredhaan Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Simbol Palsu Kejayaan
11 years ago
No comments:
Post a Comment